ASSALAMUALAIKUM,
MAAF LAMA BETUL TAK JENGUK BLOG INI. MAKLUMLAH BUSY SANGAT. JARANG JENGUK BLOG NI. NEVERMIND, FORGET IT. JADI SAYA SUDAH MENYEDIAKAN SEPUCUK SURAT ENGLISH-MELAYU KEPADA READERS SAYA DAN JUGA BAPA SAYA YANG BERBUNYI:
DEAR READERS,
HOW ARE YOU? I HOPE YOU ALWAYS FINE. Hari ni adalah hari yang istimewa..istimewa buat mereka yang bergelar bapa,abah,papa,abi dan ayah.Pada hari ini,ramai yang meraikan Hari Bapa dengan membawa bapa atau ayah membeli-belah,makan-makan dan sebagainya.Walaubagaimana pun cara sekali kita sambut,yang paling penting kita menghargai bapa kita.Sedar tak sedar bapa atau ayah memang banyak bertungkus-lumus semasa membesarkan kita.Pengorbanan seorang bapa memang tiada tandingannya.
Terima kasih abah atas segala didikan yang telah ayah bagi kepada anak-anakmu yang degil ni. Selamat Hari Bapa diucapkan. Untuk emak, walaupun Hari Ibu dah lepas dah, anakmu ini ingin mengucapkan terima kasih sebab melahirkan kami dan curahkan kasih sayang yang tak berbelah bagi. Terima kasih juga di atas segala susah payah membesarkan kami sehingga kami menjadi diri kami seperti sekarang ni. Jasa besar ayah dan ibu akan sentiasa kami kenang hingga ke akhir hayat.
Akhir sekali, jutaan rasa syukur kepada Allah kerana telah kurniakan kami Ayah dan Ibu yang terbaik dalam dunia! Sayang sangat-sangat kat ayah dan ibu.